setiap orang mempunyai jenis badan yang berbeza. ada jenis badan yang neutral baunya dan ada jenis badan yang senang berbau. orang yang jenis kedua ni kalau berpeluh sikit jer, badan mesti berbau. bau keringat ini agak tidak menyenangkan terutama ketiak.



ia akan menjadi masalah apabila individu tersebut berada di khalayak ramai. ia jelas mengganggu keharmonian orang.

antara kita mesti ada orang yang jenis macam ni. mungkin ia di kalangan kawan-kawan kita. jangan pulaukan mereka. mereka tidak bersalah dan tidak minta dilahirkan begitu. bagilah nasihat dan tips elakkan badan berbau pada diorang.

cuma kebanyakan daripada kita akan menghadapi masalah.... masalah untuk memberitahu kawan tu tentang badan dia yang berbau. hahaha. banyak cara untuk bagitau diorang. tapi bukan itu topik penulisan saya kali ini. yang tu kita bincang di masa akan datang.

entri ini ialah tentang tips atau petua untuk elakkan badan daripada berbau yang tidak menyenangkan orang lain. caranya ada 2. cara moden dan cara tradisional. cara moden ni untuk kebanyakan kes hanya berkesan untuk jangkamasa yang tertentu sahaja. lepas tu akan kembali kepada bau asal.

cara moden

yang ni cara segera untuk hilangkan bau badan. senang jer. beli minyak wangi dan deodorant yang sesuai dengan kadar ketegaran bau badan masing-masing. amalkan pakai tu setiap hari. insyaAllah ia dapat kurangkan bau badan dan gantikannya dengan wangian perfume atau deodorant tu. 

cuma bila dah petang ataupun dah lama pakai, dan badan dah mula berpeluh semula, bau badan yang tidak menyenangan tadi mungkin kembali.

cara tradisional

cara ini ialah cara yang paling berkesan. ia adalah asas. kalau buat lama-lama ia akan menghilangkan terus bau badan yang kurang menyenangkan tu.

cara 1



  • ambil belimbing besi atau belimbing yang kecik-kecik tu. 
  • tenyeh atau gonyoh belimbing tersebut pada badan terutama bahagian yang berbau hingga belimbing tu hancur
  • bilas semula badan dengan air bersih
  • seeloknya lakukan perkara ini semasa setiap kali mandi

cara 2



  • ambil limau kasturi
  • belah limau tu kecil-kecil
  • makan dengan kulit-kulitnya sekali
  • amalkan setiap hari
nah.. dua cara tradisional. amalkan satu-satu atau kedua-duanya sekali. cara ini jika dijadikan amalan ia akan menghilangkan terus badan kita.

cara senang dan murah. amalkan...!

sila kongsi untuk manfaat bersama...!

Advertisement

0 comments:

Post a Comment

 
Top